Wednesday, December 7, 2011

Pope Benedict Mencium Imam Dimulut


Gambar di atas adalah bertujuan untuk salah sebuah kempen yang dijalankan oleh pihak firma fesyen Benetton di Italy. Kempen ini adalah untuk menyokon yayasan UNHATE di Italy. Di mana kita dapat lihat gambar pemimpin-pemimpin di dunnia mencium satu sama lain di mulut.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mencium Presiden Venezuela Hugo Chavez di dalam montaj pertama dan di dalam montaj kedua menunjukkan Pope Benedict mencium seorang Imam di mulut.

Gambar Pope Benedict dan Imam itu yang membuat saya tertarik untuk menulis entry pada kali ini.Gambar ini telah membawa kepada perkara seperti merosakkan maruah org Islam yang turut terkena tempias adalah paus dan Gereja Katolik.

Pihak firma Benetton telah menarik balik semua gambar-gambar tersebut dan memohon maaf kepada pihak yang tersinggung. Jika bukan kerana tindakan  Vatican City yang memberitahu kepada peguam-peguam di Itali dan seluruh dunia bagi mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya bagi setiap tindakan penyalahgunaan sesuatu gambar sudah pasti selepas ini gambar-gambar yang tidak ingin kita lihat menjadi iklan di seluruh tempat.

Syarikat pengkiklanan Itali ini pernah menjalankan iklan yang turut menimbulkan kontorversi pada suatu masa lalu dalam sebuah iklan AIDS dimana ibu bapa sedang bergembira kerana melihat seorang anak lelaki mati akibat AIDS.

You guys rasa kan patut tak Benetton ni continue buat iklan lagi? alahai photoshop kesian kat engkau kan, orang slalu salah guna...

No comments:

Post a Comment