Saturday, March 26, 2011

New Born Babies of Lady and Gaga

24 / 03 / 2011

Tarikh Keramat buat lady dimana Si cantik Lady telah melahirkan anak buat pertama kalinya... Dan ini juga merupakan pengalaman pertama aku sendiri melihat depan mata bagaimana anak2 comel itu dilahirkan ... Saat Babies2 itu dilahirkan perasaan bercampur baur datang , kerisauan dan kegembiraan ... Yap , seperti biasa kerisauan membawa kepada kebenaran juga kadang kala ... Aku kehilangan dua nyawa anak Lady ... Total up sepatutnya anak lady 6 ekor . 3 ekor ambik bulu gaga dan tiga ekor lagi ambik bulu lady ... tapi endingnya tingal 4 ekor 3ekor bulu macam lady dan satu ekor je bulu macam gaga ... But it's so ryte ... aku tetap bersukur dengan apa yg aku dapat ni memandangkan rezeki aku cuma setakat ni ....

 Picture2 yg diupload ni masa first day baby tu baru kuar... mata belum bukak lagi then baby ni just tau nak minum susu ibu je and akan bising kalau si ibu tak ada kat tepi. Disebabkan lady baru kali pertama menlairkan  Baby kira tak ada experience la dalam bab2 menjaga baby ni ... kata orang kucing parsi kalau lepas lahirkan anak biasanya garang . Tapi berbeza pulak dengan si lady ni dia makin manja je adeer laarrr...BUAT SAYA MAKIN SERONOK... Lady pun tak kisah snagat kalau kita g pegang2 baby dia tu ... ada sekor lagi persian saya si CICI , cici aproach baby ni dekat2 pun lady buat derk je ... kira best l.. pasal lady tak banyak songeh macam kucheng lain... Alhamdulilahhh...

Masa first day lady still blur2 macam tak tau nak buat apa ngan lady tu menyusukan baby tu pun dia  tak reti kena kitorang gak g tolong baringkan dia tehn letak baby dia kat perut untuk menyusu. then slow2 dia sendiri tau apa nak buat ngan baby2 tu ... second day lady dah start bagi diorang minum susu dia and dah pandai jilat2 bulu anak2 dia ... ITS A CUTE THINGS TO SEE ... memang seronok bila mengalami pengalaman macam ni . tengok baby kuar dari perut then tolong potong tali pusat si baby tu... memang besstt ... aku letak kotak tempat diorang anak beranak ni tido cun2 kat tepi kapala aku... so dapat la dengar bunyi meeoowww mmeeoowww version baby cats ...
Yang pix kat tepi ni la satu satunya macam GAGA bapak kucing ni .... yang lain wait till they are fully one week old or one week old i'll upload it to you guys fr views ....

Berkemungkinan baby cats ini akan dijual buat for sure AKU KEEP dua ekor... Satu for my boyfie as i have promise him and satu lagi aku nak namakan dia ABBY as a reward for a good friend of mine Abigail Jesse !!! I promise her when she GRADE that Junior ABBY is hers !!!! probably that Abby Jr is 2 years old already .. lets see what will happen later on ...

KITA HANYA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN .....

Monday, March 21, 2011

PROPAGANDA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMUSNAHKAN MALAYSIA

FACEBOOK (Connect People all Around the world)
Saya bukan mahu memperkenalkan apakah itu laman FACEBOOK tetapi disebabkan saya sendiri merupakan salah seorang pengguna Facebook saya mahu mengajukan salah satu isu yang suatu hari nanti "DAPAT MENJADI PUNCA PERPECAHAN MALAYSIA" ... seperti yang pembaca semua tahu di laman "HOME" facebook kita semua dapat lihat ada beberapa individu yang sedang hangat MEMPERKUTUKKAN masyarakat SARAWAK dan WARGA INDONESIA yang juga HANGAT MEMPERKUTUKUKKAN MALAYSIA ... 
INGAT SEMUA TANPA SEMENANJUNG MALAYASIA TIDAK AKAN WUJUD MALAYSIA DAN TANPA SABAH DAN SARAWAK JUGA TIDAK AKAN WUJUDNYA MALAYSIA !

Persoalannya di sini mengapa kita perlu melayan sesuatu benda tanpa usul periksa yang khusus . menjadi KAMBING HITAM BUKANLAH SATU YANG BAGUS . sebelom anda menge"LIKE" sesuatu pages tersebut atau menyokong sesuatu pages itu tidakkah anda terfikir bahawa mungkin ini hanyalah salah satu daripada agenda yang digunakan oleh ORANG LUAR untuk MEMECAH BELAHKAN MALAYASIA ???
Sila pikir sejenak ... YA ! mungkin memang ada dia antara warga semenanjung yang sakit hati dengan warga sarawak atas sebab tertentu, begitu juga sebaliknya ... OLEH SEBAB DEMIKIAN , buakankah benda ini lebih baik diselesaikan oleh dua individu tersebut dahaja tanpa membabitkan individu yang lain dan akhirnya semua ini hanya akan membawa kepada PERPECAHAN sesama sendiri ... 

SEDARKAN DIRI ANDA SEMUA ... jangan terlalu TAKSUB dengan sesuatu benda hingga dapat mendatangkan natijah yang buruk kepada diri sendiri ... Warga pemimpin negara yang lebih terdahulu telah membentuk MALAYSIA sehinga TITISAN DARAH TERAKHIR MEREKA manakala KITA WARGA MUDA ALAF INI dengan senang lenang MAHU MEMECAH BELAHKAN KERJA LELAH PEMINPIN TERDAHULU ... Hargai segala yang kita kecapi kini dengan cara memperbaiki hubungan antara satu sama lain bukannya dengan MEMAKI HAMUN KEMBALI "WARGA BANYAK MASA LUANG" tersebut . ANDA NAMPAK BODOH MELAYAN orang sebegitu ... Ingat itu hanyalah PROPAGANDA pihak tertentu untuk memusnahkan NEGARA KITA ! BUKA MATA LUAS2 SEMUA , berhati2 di alam maya kerana satu huruf badan binasa ...

Sekian hinga Post Seterusnya !