Monday, January 2, 2012

2012 Dunia Kiamat

Pabila kita bercakap mengenai dunia akan kiamat pada 2012,  kita boleh sentuh mengenai tamadun Maya yang pernah wujud di kawasan Chiapas, Yucatan dan Tabasco dimana sekarang ni terletak di Mexico.

Ahli falak kaum Maya, yang pernah wujud kira-kira 2,000 tahun sebelum Masihi, telah meramalkan dengan tepat gerhana bulan dan matahari serta perjalanan bintang dan planet.

Mereka memiliki sistem kalendar sofistikated yang mengambil masa selama 394 tahun untuk membentuk satu kitaran dikenali sebagai baktun. Yang peliknya, kitaran baktun itu berakhir pada pusingan ke-13 atau lebih cun lagi pada 21 Disember 2012.

Pihak penulis dan pembikin filem mengambil kesempatan ini untuk menerbitkan buku dan filem dengan membuat andaian bahawa terhentinya kalendar Maya, bermakna itulah tarikh hari kiamat.

Sebagai contoh filem 2012 terbitan Hollywood yang diarahkan oleh Roland Emmerich mengambarkan bahawa pada tarikh itu, bumi akan beradan sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 26,000 tahun.

Situasi ini akan menyebabkan teras bumi berganjak sekaligus mencetuskan letupan gunugn berapi,taufan,banjir, tsunami, gempa bumi dan pencairan ais.

Namun tiada apa2pun yang perlu dirisaukan, kerana ada satu penemuan batu bersurat terbaru kaum Maya mendapati terdapat rujukan sehinnga tahun 4772.

Ini bermakud tarikh 2012 pada kalendar Maya mungkin hanya menandakan tematnya satu era bagi tamadun manusia. Dalam makna yang lain dunia belum kiamat.

(01-01-2012 shoot)

Para pengkaji turut berpendapat, fenomena bumi sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti berlaku secara perlahan-lahan tanpa kesan besar untuk tempoh selama 36 tahun.

Tarikh 21 Disember tahun depan, hanya merujuk kepada titik pertengahan fenomena itu yang hanya akan berakhir pada tahun 2030.

Kesan fenomena penjajaran planet ini hanyalah akan menyebabkan pemikiran dan tahap kesedaran manusia menjadi lebih positif seperti yang disaksi sekarang apabila ramai penuntut sistem pemerintahan lebih demokratik dan penstrukturan semula sistem perbankan dan kewangan.

Sepanjang tempoh itu, Badan Penelitian Kelautan dan Cuaca Nasional (NOAA), AS juga meramalkan bumi akan dihentam badai elektromagnetik daripada matahari (solar flares) yang didakwa sesetengah pihak  mampu mengubah kod genetik DNA manusia.

No comments:

Post a Comment