Video ni memang dah lama dah since November 2011 baru sekarang nak post bout this entry baru free la katakan.
Apa yang aku nak share ngan korang ni adalah sebuah video dari Indonesia merakamkan perbicaraan antara jin dan manusia dimana manusia dijadikan medium perantaraan.
This is a great video to me because its not only the host of this show yang terasa sampai kecut perut aku sendiri pun kecut perut dengar ceramah dia.
Jin tu cakap pasal ISLAM, and the part yang aku paling suka is pasal lafaz syahadah.
Jin : Adakah kamu tahu erti syahadah yang kamu lafazkan itu ?
Host rancangan : Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
Jin : Bukan macam tu lah ! (masa ni muka host tu dah kecut dah).
Aku bersaksi tiada Tuhan selain dari Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad utusan Allah.
Kamu faham tak apa maknanya tu? (Jin tu tanya balik kat host perempuan tu tadi)
BILA PULAK KAMU BERTEMU DENGAN NABI MUHAMMAD ??? bertemu pun tak pernah
macam mana kamu boleh bersaksi ??? Bersaksi itu harus dapat menyaksikan, Cuba bagaimana kalau
dalam bahasa Indonesia ?
Host rancangan : Aku Bersaksi... (masa ni aku tengok muka host tu memang dah lost her words)
Jin : BILA KAMU BERTEMU ??? bertemu saja tak pernah tapi kamu bersaksi. Pergi belajar MENGAJI
dahulu ! biar kamu faham.
Pak Imam yg on scene jugak : Dia ni masih belajar mbah. Umat Nabi ni masih belajar.
Jin : (Denga slamber) Kamu masuk Islam ni gara-gara keturunan ??? Itu namanya ikut-ikutan kalau dikutkan
kata2 orang sekarang, Kamu seharusnya mulai sedar.
Jadi kamu bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan bersaksi Nabi Muhammad utusan Allah ??? Bersaksi
bukan dengan mata, tapi bersaksi dengan HATI , RASA , DAN CIPTA.
Maka dari itu, belajarlah dahulu, digali dulu apa yang ada dalam agamamu itu, Biar kamu tahu ajaran
dalam agama itu ada kebaikan untuk Umat Islam.
That is the part yang aku suka, because this is the part yang touching2 aku cket. buat aku ingat dengan Allah, ramai yang macam aku ni leka dengan duniawi tapi kurnian yang Allah beri dengan aku kadang2 aku sampai leka terlupa. Aku bersyukur aku dilahirkan sebagai Islam, diharap entry aku kali ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment