Thursday, February 9, 2012

Drama: Aku tak reti nak minta maaf


Nora bekerja sebagai kerani di sebuah agensi penjualan kereta di ibu kota. Majikannya berumur di lingkungan 60-an. Masalah majikannya ini termasuk seluruh keluarga majikannya itu (isteri dan anaknya) bersikap agak bossy mentang2 suami/bapa diorang BOSS.

"NORA semalam aku dah kasi kau kan resit payment tu ??? macam mana aku nak bagi kat AJK association aku tu nanti kalau dah hilang?? ENGKAU CARI LAH BETUL2 kot2 engkau terbawak balik rumah ke?" Masok je office terus marah2 kat staff

Nora teraba2 di dalam drawer mejanya dan mencari di longgokkan kertas kerjanya malahan waktu tengahari semasa balik ke rumah Nora juga mencari di dalam rumahnya. Sudahlah tak sempat breakfast pagi tadi Lunch pulak tak sempat makan kebulur lah Nora ni karang.Puas Nora mencari tapi tetap tidak ditemui.

Sekembalinya waktu petang masok ke office....

"Boss saya dah cari rata-rata tak jugak jumpa setahu saya semalam boss masok office tak ada pun boss kasi apa-apa kat saya boss salah letak kot?" Terketar-ketar nora bertanya pada boss nya yang tengah marah macam singa lapar itu.

"AKU ADA KASI ENGKAU LAH !! CARI LAH LAGI KAT MANA2 KALAU KAU TAK JUMPA KAU NAK TANGGUNG KE KERUGIAN AKU!" Bentak boss nya lagi

"Buang duit betul aku upah korang semua ni kerja lah bagus aku balik rumah buat office sendiri kat rumah semua kerja aku buat sendiri" Boss Nora balik ke rumah hentakkan kaki dia PERGH mau runtuh satu banggunan.

Keesokkan harinya,

Muka boss diorang senyum2 masok kedalam office sambil bercakap kat telefon dengan member sama association dia tu tadi.

"Mat, aku tak tau lah ahhahaha rupa2 nya resit tu kat dalam kereta aku atas dashboard aku! punya lah tunggang langgan aku carik semalam ahahha rupa-rupanya benda tu ada kat situ jugak, okey lah see u later Mat aku ada kerja sikit ni"

Boss Nora masok ke biliknya dengan penuh senyuman lagi selamba sahaja melimpas Nora macam tak sedar apa yang dia dah buat pada orang semalam.

Tengok tu, apa punya boss lah tak reti nak minta maaf pun dah lah orang tak makan semata2 pasal resit dia yang dia cakap hilang. Nora2 apalah nasib engkau ye. Sabar je la....

No comments:

Post a Comment