Saturday, December 10, 2011

Penipu

Jangan menipu Pada diri kamu,
Kerana kamu akan hidup dalam penipuan selama-lamanya nanti

Jangan menipu pada ibu-bapa kamu,
Kerana kamu akan ketulahan nanti

Jangan menipu pada sahabat kamu,
Kerana kamu akan kehilangan kepercayaan mereka nanti

Jangan menipu pada penipu,
Kerana kamu hanya akan ditipu kembali

Jangan menipu untuk kesenangan kamu,
Kerana kesenangan itu tidak akan berkat untuk kamu

Jangan menipu jika kamu salah,
Kerana bila kamu tertangkap, hukumannya lebih berat lagi

Jangan menipu untuk orang lain,
Kerana kamu hanya akan membuat masalah semakin teruk

Jangan menipu bahawa kamu ada penyakit,
Kerana jika kamu menipu sakit tuhan akan berikan kamu penyakit 

Jangan menipu selepas kamu rasa ditipu,
Kerana selagi namanya "TIPU" sesuatu yang tidak diingini akan berlaku

Jangan menipu,
Kalau kamu terbiasa menipu mesti kamu akan pikir kamu sudah hebat untuk menipu TUHAN kamu.

JANGAN
sesungguhnya segala penipuan biarpun tidak bocor, pada TUHAN kamu tidak akan pernah dapat menipu.


Sebaik-baikanya jika ingin menipu biarlah menipu untuk sesuatu yang baik. Jangan menipu untuk menimbulkan kesusahan pada pihak orang lain. Kamu sendiri tahu apa rasanya ditipu jadi kenapa mahu menipu? jangan menipu, lebih baik berahsia daripada menipu...

No comments:

Post a Comment