Sunday, December 11, 2011

Pabila Gagak Merasakan Dirinya Merak

Terfikir sejenak, perihal jurufoto segera yang melambak.
Lagak seperti sudah lama bertapak, sedangkan perjalanan baru bermula setapak.
Hasil kerja dirasakan enak, bermegah bagaikan ramai yang nampak.
Jika benar ramai yang nampak, mungkin terkesima pada idea ciplak.


Jangna seperti tempurung dan katak, ditegur dikatakan memekak.
Mungkin telupa tsunami dan gempa, boleh terjadi serentak.
Bumi kita sentiasa berputar dan bergerak, begitu juga plat dan kerak.
Dunia luar perlu perhubungan juga walau tidak mustahak, supaya tidak dungu kelak.


Di dalam benak, benar semua mahukan idea yang gempak.
Yang terdahulu bertapak, jatuh bangun penuh dengah penat jerih memerah otak.
Mengaku kalah adalah tidak, malah berlumba mendapatkan identiti dan rentak.
Kamu, dengah hasil yang dirompak, sudah mula nampak bongkak.


Mereka berusaha, ada yang dari berambut ketiak sehinggalah menjadi botak.
Mungkin hasil terdahulu tiada yang nampak, begitu juga dalam simpanan yang masih banyak.
Semuanya kerana merendah diri, tidak suka menunjuk, dan merasakan diri masih belum cukup layak.
Kamu, jangan cuma tahu menindak, kerana sejarah juga perlu diselak.


Berbekalkan kemera dan lensa besar gabak, terasa diri sudah dipuncak.
Beringatlah yang baru setapak, yang lama jangan pula dipijak.
Yang menegur dibidas dan digertak, seakan mahu dipukul dan dihentak.
Adakah perlu parang dan kapak?


Resmi padi, semakin berisi tidak pula pernah mendongak.
Kamu seperti penuh ilmunya, berjalan dendan dada menegak, sehingga nampak berkepak.
Suatu ketika, tipulah jika tidak pernah gunakan kamera kompak.
Adakah malu untuk engaku, sampai bila mahu mengelak?


Membuat kelas dan bengkel, tiada yang melarang kerana itu adalah kamu punya hak.
Tidak mengapa, tidak terkilan mengapa rasa tidak diajak.
Rupanya idea yang dibawa, bulat-bulat tiru tidak beragak.
Kadangkala tersenyum sendiri melihatnya, mungkin ada yang sudah tergelak.


Tahukah kamu, benang yang basah sukar untuk kasi tegak. 
Berusahalah walau cuma dengan kamera kompak sehingga rosak.
Asalkan tidak melulu meniru dan merompak, mengaku hasil kerja kamu terlebih dahulu letak.
Usah ingin memutar, jika kamu rasa verdik tapi terlupa ramai juga yang bijak.


Tiada biacara melainkan perasaan yang terbuku berkotak-kotak.
Warkah sebagai tanda ingatan supaya tidak lagi melangut dan melepak.
Cerita dicoret ungkin juga sesuai untuk bacaan adik-adik, abang-abang mahupun kakak-kakak.

No comments:

Post a Comment