Sunday, April 1, 2012

Tidak Bertimbang Rasa atau Tidak Beradab ???

Pada awal bulan March di Wisma Sanyan seorang warga tua meningal dunia sejurus keluar daripada Lift.

Warga tua tersebut dipercayaai mengalami semput nafas kerana keadaan di dalam lift yang terlampau sempit dimana orang awam berhimpit-himpit dalam satu lif disebabkan terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak beradab.

Saya sendiri pada awal bulan March ini mengalami situasi sebegini semasa hendak menguruskan pembaharuan lesen perniagaan. Apabila terbuka sahaja pintu lift mereka yang berada di belakang memotong orang yang didepan semata-mata ingin cepat.Selagi di dalam lift tersebut masih ada ruang selagi itulah mereka menghimpit pengguna-pengguna yang lain. Di mana ADAB mereka ? mengapa terlalu mementingkkan diri sendiri ?

Mereka yang bertindah tidak beradab dan tidak bertimbang rasa ini adalah mereka yang mendapat bantuan BR1M. di pintu masuk banggunan Wisma Sanyan ada diletakkan nota bahawa pengambilan cek BR1M itu dilaksanakan di Dataran Sibu  tetapi ada sesetengah individu yang tidak faham bahasa.

Apabila terjadinya kejadian seperti yang menimpa warga tua ini mereka menyalahkan fasilitas di Wisma Sanyan. Itulah kata orang, malu bertanya sesat jalan di kaunter masuk Wisma Sanyan disedikan kaunter pertanyaan mengapa tidak bertanya di situ.

Terjadinya perlbagai jenis kejadian seperti ini bukan sahaja menimbulakan masalah pada satu pihak malahan pihak yang lain juga. Ini sudah zaman moden mengapa kita masih mahu membodohkan diri kita sendiri yang sedia ada bodoh.

Warga sibu sila jadikan kejadian ini sebagai peringatan untuk kita semua jika tidak tahu jangan malu untuk bertanya. Dan praktiskan adab-adab yang pernah ibu bapa kita ajar sejak kecil lagi kalau ibu bapa tidak mengajar pun tidak apa belajar dari orang lain.

saya sebagai warga sibu sendiri ingin menyeru agar mereka-mereka yang membaca entry kali ini , jika anda semua ingin sibu menjadi maju , majukan juga diri anda dari segi adab dan jika boleh hormati orang lain juga.  Jangan lupa tambahkan ilmu di dada walaupun sudah berusia.

No comments:

Post a Comment