Thursday, February 9, 2012

Drama: BILA SUDAH JADI BOSS














Nora dah bekerja di syarikat ni hampir selama dua tahun, memang sudah cukup untuk dia faham perangai boss dia ni. Menyampah tu memang priority lah feeling yang dia ada kat boss dia nih. Apa boleh buat kan dia pun makan gaji je lagipun dia suka jugak dengan kerja kat tempat tu yang easy going kata orang.

Nora ni boleh dikatakan assistant boss dia lah table pun dah memang cun cun depan bilik boss dia kalau ada apa2 memang kena melalui Nora ni baru dapat bcakap dengan boss dia.Boss dia ni ada cita-cita nak jadi Dato Sri tu pasal lah Boss dia suka nak membizibodikan diri dengan segala jenis Association yang dia tahu.

Kebetulan pulak boss Nora sekarang ni dah jadi Chairman untuk satu Association ni (Association kecik je). Makin bertambah lah kerja typing2 calling2 Nora.

Datang seorang penghantar Courier Service anta surat buat boss dia lah sapa lagi kan.

Nora masok bilik boss dia lepas tu kasi surat tu kat boss dia Nora pun minta diri keluar dari bilik. tak lama lepas tu boss dia call suruh masok dalam. Nak tahu kenapa???

"Nora engkau tolong aku potong envelop ni dulu, tu ha gunting tu kau bukak envelop ni dulu"
mak oiii tu baru BOSS nak pegang gunting pun tak reti lagi dah sedangkan gunting depa mata! melampau kan? yang boss dia buat masa mengarah tu boss dia tengah seronok layan movie pakai Ipad dia.

"NORA CEPAT MASOK DALAM" memang urgent sunguh bunyi boss dia tu pangil Nora masok dalam

"Ni ha ko potong gambar ni lepas tu ko lekatkan kat application form tu " Boss dia seperti biasalah kusyuk tengok movie pakai Ipad dia tu memanjang.
"ye boss" itu saja yang mampu Nora jawap setiap hari. Kalau application form tu beratus keping boleh lah dia urgent sangat soh Nora masok pi buat ini tidak. Application form SEKEPING tu je pun boss dia tak reti nak potong gamba tu lepas tu glue kan kat borang tu.

Seperti biasa Nora hanya mampu bersabar....

No comments:

Post a Comment