Tuesday, November 15, 2011

Aku bergaun hijau Part 1

Rington lagu Kesha Cannibal berkumandang
"Hello min wassup !"
"Hey Han tonight my family ada buat family gathering my mom and dad ajak u datang sekali. u free tak malam ni"
"Of course sure i akan datang nanti i bawa mak i skali okey ??"
"Ha! perfect bring aunty along must be fun with her around telling us bout u when u are still a kid. ahhahaha ! nak saya jemput tak nanti?"
"Amboi...kalau nak kenakan saya awak ni memang number one kan min?? Takperla saya drive sendiri je nanti. So see u later love! "
"Ok ! thanks ya Han ! Bye"
Talian diputuskan.....

Min adalah sahabat aku yang aku sudah kenal sejak tadika lagi. Aku kadangkala agak cemburu dengan kehidupan min yang mempunyai ibu bapa yang sangat menyanginya walaupun dia merupakan anak kedua dari 6 beradik. Ibu bapa min iaitu uncle Mos dan aunty Kis tidak pernah berat sebelah atau lalai dengan anak-anaknya. Uncle Mos adalah seorang pemilik restoran makan Sarawak terkemuka di Malaysia manakala aunty Kis adalah seorang pereka fesyen busana perkahwinan yang agak terkemuka juga. Dari sini sudah kita dapat lihat bagaimana senangnya kehidupan Min sekeluarga. Tetapi mereka hanya hidup bersederhana sahaja itulah yang amat saya kagumi tentang mereka.

Aku Hanzira anak emas ibuku. ibuku berkahwin buat kali kedua ketika aku berumur 3 tahun. ayah kandungku meningalkan aku dan ibuku sejurus selepas aku lahir. Kini umurku 23 tahun dan aku mendapat khabar dari keluarga bapa kandungku bahawa bapa ku sudah meninggal tetapi atas kerana apa yang telah dia lakukan terhadap aku dan ibuku aku langsung tidak terpikir untuk menjenguk pusara arwah ayah aku itu.
Perkahwinan kedua ibuku juga mengalami masalah yang hampir sama. Ibu mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mahu bekerja dan langsung tidak mahu peduli tentang aku dan ibu. lebih teruk lagi sejak ibu berkahwin dengan lelaki itu hampir setiap hari ibu dilayan dengan penuh kekerasan didepan mata aku. tetapi semua itu berakhir sejak aku memasuki tingkatan tiga kerana tidak tahan dengan cara layanan suami ibuku itu aku menjadi pendendam sehingga aku sangup memukul suami ibuku itu dengan kerusi sehingga dia terpaksa dimasukkan kedalam hospital dan menerima beberapa jahitan di kepalanya.

Aku sangat sayang akan ibuku kerana ibu lah satu-satunya insan yang menyara aku sejak aku lahir lagi aku tidak pernah sekalipun merasa air tangan atau kasih sayang seorang individu yang bergelar bapa sejak lahir lagi bila mengenangkan semua itu sayu juga rasa hati ini. Ingin benar aku merasa kasih sayang seorang bapa. 

Sehingga kini aku masih kehairanan kenapa ibuku masih mahu bersama seorang lelaki yang hidup dibawah tanggungannya . lelaki yang hanya tahu menghabiskan makan tidur dan lepak di kedai kopi menghabiskan duit ibuku. Terdetik juga rasa hati ini ingin bertanya tetapi apabila memandang wajah ibu yang sayu aku batalkan saja niatku itu.
"Mak , nanti bersiap ya kita berdua pergi rumah Min ada family gathering katanya."
"ha bagus jugak tu dapat mak bagi terus benih bunga orkid ni kat aunty Kis kau tu nanti"

Berkat usaha dan minat ibu aku dengan bunga, ibu sekarang memiliki sebuah kedai bunga yang beroperasi sejak aku berumur 5 tahun lagi dimana waktu itu kedai bunga itu bersaiz kecil sahaja kini ibu punya kedai bunga yang lebih besar. Hasil kerja ibu dari menjual bunga dan menjahit bajulah yang ibu gunakan untuk menanggung aku dan suami baru ibu itu. Aku kasihan akan ibu habis sahaja tingakatan 5 aku terus bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat insuran. Alahmdulilah kini aku mampu menampung hidup aku dan ibu aku.
Tok tokk tokk tok tokk DUMM DUUMM
Pintu rumah diketuk dengan begitu kuat sekali
Aku tahu itu pasti si bengis suami ibuku itu datang ke rumah untuk duit lagi.

"Aku dah cakap bagi aku kunci rumah ni senang sikit aku nak masuk korang berdua ni macam sial lah"
Aku yang duduk di depan beranda terus kedalam rumah takut ibu aku akan dikasari.
"Ko tu org tua tak sedar diri kalau tak sebab mak aku lama dah aku bunoh kau setan !"
"kurang ajar kau" tangan suami ibuku itu mengapai pasu bunga yang terletak di tepi pintu dan mencampakkan ke arah muka aku.
Aku menempis pasu itu dan mencengkam kepalanya dan aku hentak di dinding
"SUDAH SUDAH HAN ! SUDAH" ibu ku menjerit sekuat hatinya
"Aku tak kesah kau nak tidur free nak makan free dalam rumah ni asal ko tak kurang ajar dengan mak aku dengan aku ! sekarang kau pilih kau nak tido dekat bawah jambatan atau dalam rumah ni kalau kau nak tidur dalam rumah ni aku nasihatkan kau HORMAT AKU DAN IBU AKU"
aku lepaskan gengamanku...
Ibu membantu org tua itu untuk bangkit dan membawanya masuk ke bilik.
Aku berasa puas melihat darah yang mengalir dari mulut org tua itu cukup untuk hari ini.
"Han... mak nak cakap sikit boleh?"

sambungan di Aku bergaun Hijau Part II

2 comments: