Monday, May 28, 2012

Aku dahulu sebegitu tapi kini aku sebegini

Aku mengaku aku jahat tapi aku dah nak bertaubat,
Aku mahu rezeki yang berkat tapi memang susah nak dapat.

Keluar masuk penjara memang aku hebat,
Turun naik mahkamah aku rasa sesak.

Ibu ayah bawa rokok bila melawat,
Bukan di hospital tapi di penjara yang terdekat.

Mak bagi duit aku buat beli dadah dan arak,
Mak suruh berhenti aku makin makin menjadi-jadi.
Pada suatu hari aku hampir mati tetap juga aku tak berhenti
Tapi kini baru aku sedari betapa bodohnya diriku ini.

Akibat terikut hasutan syaitan aku buat jenayah berat,
Aku bawak member pecah rumah orang sampai tuan rumah aku tibai ngan parang,
Hasil merompak aku bahagi dua tapi masih juga tak cukup lagi,
Akhirnya aku buat plan lagi merompak kedai runcit pula.

Semua itu tidak pernah berakhir, aku cuma semakin menjadi-jadi,
Aku ragut segala jenis barang tak kira rantai atau nyawa orang,
Aku seperti tupai sangat hebat melompat kesini-sana,
Kehebatan itu bukan selama-lamanya akhirnya aku dicekup juga.

CIKGU! CIKGU! AMPUN CIKGU ! 
SAYA JANJI TAK BUAT LAGI CIKGU!
TOLONG CIKGU JANGAN PUKOL SAYA CIKGU!
SAYA MENGAKU SAYALAH PELAKU JENAYAH ITU!

Sekarang seminggu sekali ada date dengan hakim,
Berharap case dapat drop begitu saja.

I learnt my lesson kata orang putih tapi aku bukan orang putih,
harap aku terlepas dari segala tuduhan berkat doa ibuku.

Aku sudah ada hidup yang baru aku tidak seperti dahulu,
Harap ada yang mahu membantu aku mengharungi segala liku yang aku cari dahulu.



No comments:

Post a Comment