Wednesday, January 4, 2012

Sibu Review : Kes Bunuh terancang di Sibu



 (Wanita China Direman 7 hari bagi susulan penyiasatan kes ini)

Pada 3 Januari yang lalu warga Sibu dikejutkan dengan berita pembunuhan lima sekeluarga. Kes ini dipercayai sebagai kes pembunuhan terancang.

Dari apa yang diketahui setakat hari ini, Ahli perniagaan tersebut pernah berkahwin sebelum ini dan becerai dengan isteri pertamanya itu.Dan beliau telah berkahwin semula buat kali kedua yang merupakan warga China.


 Di atas adalah gambar kenangan anak Ling Tong Hock (Ahli perniagaan) dengan ibu tiri mereka. Di hadapan sekali adalah Kelvin Ling Chai You yang sekarang ini masih lagi berada di Hospital untuk rawatan lanjutan. di sebelah kiri adalah David Ling Chai Qi (10 tahun) dan kanan Amy Ling Zi Jiun (7 tahun)


Gambar Ahli Perniagaan tersebut Ling Tong Hock,36 dan anak-anaknya.



Pada waktu kejadian ibu tiri mereka sempat lari bagi mendapatkan bantuan dari pihak jiran. Mangsa bunuh termasuk ibu ahli perniagaan tersebut ditemui dengan kesan kecederaan parah akibat daripada hentakan dengan senjata yang tumpul. Isteri baharunya Xiao Lan mendakwan berjaya melarikan diri melalui tingkap apabila menyedari pintu biliknya ditendang melalui luar biliknya.

Sementara itu , pasukan siasatan khas dan forensik Ibu Pejabat Bukit Aman dan IPK Sarawak masih menjalankan siasatan bagi mengumpul bukti.

No comments:

Post a Comment